PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
1927P, JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM.
TEL : 07-6871677
FAX : 07-6870580
HAJI ZAINAL BIN NONG
Kata-kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah
Pontian.
Terlebih dahulu
saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage Sekolah Jenis Kebangsaan
Chi Chih di Internet. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk
menjayakan program ini. Pelancaran Homepage Sekolah Chi Chih ini menunjukkan
wujudnya sikap yang positif dan proaktif di kalangan staf sekolah Chi Chih.
Masyarakat bermaklumat amat penting untuk kita menjadi peneraju dalam era
Teknologi Maklumat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri:"Computer
literacy is a must if we want to progress and delevop. No effort must be spared
in the creation of an information-rich Malaysia society."
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya.
Sekian, terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI"
Yang menjalankan tugas,
(HAJI ZAINAL BIN NONG)
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian